Minum produk Lipton yang baru, makan dessert di kedai kek yang baru. Food and coffee exploring.

Macam biasa aku akan cuba makan dan minum produk atau kedai yang baru untuk merasai kesedapan produk-produk tersebut.

21 February 2022, Isnin

Macam biasa, setiap pagi selepas sampai di tempat kerja, aku akan pergi ke 7 Eleven untuk membeli roti atau minuman. Kali ni, aku terjumpa satu produk yang baru dari Lipton. Produk tersebut bernama Teh tarik Lipton.




Bagi aku rasa teh tarik ni manis meletin.  Dia guna pemanis Stevia. Tahap manis dia ibarat kita terlebih titik stevia dalam minuman. Kalau dia kurangkan manis tu mesti nice dah. 😅 Aku bagi nilai, 2.5/5.

22 February 2022, Selasa

Hari seterusnya aku merancang untuk membeli Dan minum satu lagi produk baru dari Lipton iaitu Milk tea brown sugar.


Bagi aku rasa brown sugar lagi kuat daripada rasa teh. Rasa teh yang manis sangat tetapi cair je. Aku bagi nilai, 2.4/5.

Balik dari kerja, tiba-tiba teringin nak makan shawarma. Jadi, aku terus pergi ke kafeteria di UMP Pekan untuk beli shawarma. Tetapi, aku tak beli shawarma pun. Aku pergi beli chicken chop.


Bagi aku sedap rasa chicken chop ni. Aku suka sos dia yang putih tu. Sos putih tu memang ada dalam shawarma. Kena dengan tekak aku. Boleh repeat lagi chicken chop dia. Aku bagi nilai tinggi sikit, 4/5.

23 February 2022, Rabu

Kali ni, aku nak cuba makan kek di 👉 Niku bakehouse. Kedai ni terletak betul-betul sebelah kedai pizza yang aku pergi beberapa minggu yang lepas. 



Puas juga aku nak pilih menu apa yang patut aku cuba. Akhirnya, aku memilih untuk makan dua tart yang berlainan saiz dan rasa.



Bagi aku tart dia rasa nice juga. Aku bagi nilai, 3.3/5.

Kemudian, macam biasa ada peluang je aku pergi coffee exploring. Lama dah aku nak pergi Kopi Pantai ni. Kopi Pantai terletak di Pantai Sepat. Tapi, kedai yang tepi pantai tu buka hari Sabtu dan Ahad je. Aku memang jarang pergi jauh waktu cuti. Sekali dia dah buka hari bekerja ni memang terus aku nak pergi cuba. 


Bagi aku not bad rasa kopi dia. Aku bagi nilai, 3.2/5.

Comments

Popular Posts