Minum-minum kopi dan makan-makan hujung bulan

Food and coffee exploring masih diteruskan hingga hujung bulan January. 

 26 January 2022, Rabu

Ada satu frozen food yang aku beli Ahad lepas, baru hari ni aku nak cuba. Aku nak rasa tahap kepedasan seperti yang produk ni claim. 




Pendapat aku, rempah yang ada pada ayam tu memang nice rasa dia. Rasa pedas dia memang ada dan masih boleh handle. Aku bagi nilai 4/5. Produk ni ada satu jenis lagi, dia jual kepak pedas.

27 January 2022, Khamis

Pada hari yang berikutnya, saya masih lagi nak cuba produk kopi Pokka yang tin pula. Rasa curious nak tahu sedap ke tak produk yang lain dari Pokka. 

Bagi aku, kopi dia ada rasa koko manis dan cair. Biasa je rasa dia. Aku bagi nilai, 2.6/5.

Aku ada satu produk ni memang dah lama aku target nak beli. Akhirnya, selepas beberapa bulan aku tunggu, aku berjaya juga beli produk tu. Produk tu produk Asnaf Pahang. 



Bagi aku durian crepe ni memang sedap. Aku bagi nilai 3.9/5.

Lepas tu, aku layan pula aiskrim yang aku beli dekat kedai mart yang aku kerja part time.




Bagi aku rasa ais krim dia sedap. Aku bagi nilai 3.9/5.

28 January 2022, Jumaat

Akhirnya, aku berjaya pergi ke Kopi Mesin. Laluan nak ke Kopi Mesin bertentangan dengan laluan aku nak balik rumah. Kebetulan aku rajin aku pergilah. 



Enjoy makan dan minum dengan melihat dan mendengar bunyi ombak. Pendapat aku, rasa Iced latte not bad juga lah. Aku bagi nilai, 3.4/5. Rasa chicken chop pun oklah. Aku bagi nilai, 3/5. Nak tahu kat mana lokasi kedai ni klik link ni 👉  Kopi Mesin Beserah

Comments

Popular Posts