Menyambut hari jadi selama tiga hari? Food exploring.

Minggu ni adalah merupakan minggu hari aku dilahirkan. Seperti tahun lepas, aku spend masa aku selama tiga hari untuk buat food exploring. 

17 January 2022, Isnin, Pra sambutan

Hari Isnin tu aku mulakan hari aku dengan makan sarapan roti dan minum susu. 




Bagi aku, susu perisa vanilla ice cream tu memang rasa vanilla ice cream. Tapi, biasa je bagi aku. Manis cuma tak pekat. Kalau pekat sikit mesti nice. Aku bagi nilai 2.9/5. Rasa roti Mexican bun tu sedap. Aku bagi nilai agak tinggi, 4/5.

Seterusnya, masa balik aku minum kopi Amba 2.0 (manis). Aku baru berkesempatan untuk singgah minum di kedai tu. 


Lokasi kedai Kopi Amba depan Masjid Pantai Sepat. Rasa kopi ni sedap. Rasa dia unik. Ada rasa kaw tu kurang sikit sebab aku pilih nak manis. Kopi ni rasa lemak sikit. Rasa pahit dan manis dia memang nice. Aku bagi nilai tinggi bagi kopi ni, 4.2/5. 

Sebelum sampai di rumah, aku singgah MCD sebab nak makan Burger Golden Prosperity.




Bagi aku, rasa dia sama je macam tahun sebelum ni. Cuma ada hash browns.

18 January 2022, Selasa, Hari sambutan

Pagi tu aku sarapan macam biasa roti dan susu.



Rasa susu tu sedap. Aku bagi nilai, 3.6/5. Roti Cream Roll Milo tu tak rasa sangat Milo. Tapi, oklah rasa dia. Aku bagi nilai, 3.2/5.

Pada waktu petang pula sebelum balik, aku makan Chicken Katsu Curry dan pencuci mulut Chocolate Banana di 👉 Micasa Cafe



Berdasarkan pengalaman aku makan makanan yang aku pilih, aku dapati rasa kek tu rasa coklat, pisang dan kopi sikit. Pisang tu duduk kat tengah. Oklah rasa dia. Aku bagi nilai 3.1/5. Chicken Katsu Curry tu nasi dia nasi pulut yang ada rasa manis sikit dan melekit sikit. Rasa kari dia rasa macam kari yang biasa kita makan. Oklah rasa dia. Ayam tu biasa je. Aku bagi nilai 2.9/5.

19 January 2022, Rabu, Pasca sambutan

Pada hari terakhir sambutan aku sarapan roti sahaja. Roti ni agak viral juga kalau tak silap aku.


Bagi aku, sedap rasa roti ni. Aku bagi nilai 3.3/5.

Kemudian, masa dalam perjalanan balik dari tempat kerja, aku singgah beli kopi Santan pula. 


Bagi aku kopi tu memiliki rasa pahit dan manis yang nice. Sedaplah kopi ni. Aku bagi nilai, 4.1/5. Boleh repeat. Tapi, nak cuba produk lain juga. Kalau tak silap ada produk lain.




Comments

Post a Comment

Popular Posts