Mencuba pizza dapur kayu, kopi dan western food. Food and coffee exploring.

Makan dan mengopi selepas kerja adalah satu hal yang best. Lagi best kalau habis kerja awal tak bergelut dengan orang lain.

11 February 2022, Jumaat

Balik dari kerja, rasa teringin nak makan Maggi tomyam ketam. Namun, akhirnya aku singgah 👉  Papillae Pizza 

Boleh lihat pada gambar, tempat bakar pizza yang unik. Pizza ni dibakar dengan menggunakan belahan kayu sebagai bahan bakar. Kedai ni ada menyediakan beberapa jenis pizza dengan dua saiz yang berbeza.


Aku pilih untuk makan pizza BBQ chicken yang bersaiz regular. Aku ni bukanlah peminat pizza. Pendapat aku berkenaan pizza ni, rasa dia biasa je. Aku bagi nilai, 3.4/5.

16 February 2022, Rabu

Lepas makan, tak sah kalau kita tak mengopi. Kali ni aku memberanikan tekak aku dengan minum Caffe matcha di 👉 Kopi Pahit.

Bagi aku rasa matcha tu padu. Ada rasa manis matcha dan pahit kopi. Sekali-sekala kita ubah selera. Not bad rasa dia. Aku bagi nilai, 3.4/5.

17 February 2022, Khamis

Hari tu, aku banyak berurusan dengan bank. Jadi, selepas selesai semua urusan dengan bank, aku bercadang untuk mencuba makanan dari kedai yang viral di Facebook warga Kuantan 👉 Leha ancat sweet dessert. Kedai ini menyajikan pencuci mulut kek, makanan Western dan juga beberapa makanan tempatan. 


Aku memilih untuk makan fish and chip dan minum honey pineapple. Bagi aku, jus dia nice. Aku bagi nilai, 3.8/5. Fish and chip dia pula oklah rasa. Aku bagi nilai, 3.2/5. Sebenarnya, aku nak makan salmon. Tapi, portion dia kecil lagi dan harga dia mahal sikit dari fish and chip. 

18 February 2022, Jumaat

Pada hari berikutnya, aku nak cuba satu lagi kedai kopi yang aku nampak rakan aku di alam maya lepak dan minum. Kedai ni bernama 👉Barkopi. Kedai ni menyajikan minuman berkopi dan tidak berkopi serta makanan pencuci mulut dan tidak lupa juga nasi lemak ngosek yang memang laku keras. Cuma, aku tak berkesempatan lagi untuk mencuba nasi lemak tersebut.


Aku memilih untuk makan roti bakar biscoff dan minum iced latte Spanish. Bagi aku rasa latte dia not bad. Ada rasa manis dan pahit. Aku bagi nilai, 3.5/5. Rasa roti bakar pun ok juga. Aku bagi nilai, 3.4/5.





Comments

Popular Posts