Melayan western, kopi, pastri dan kamu.

Food and coffee exploring aku diteruskan lagi pada bulan February. 

1 February 2022, Selasa

Food exploring aku bermula pada malam hari. Pada malam tersebut aku seorang diri dirumah. Aku decided nak makan malam diluar. Aku dah lama nak cuba makan dekat satu kedai makan berkonsepkan nursery di Pekan 👉 Pekan Intan Nursery Cafe. Menu yang aku pilih pada malam tu adalah chicken grill.


Bagi aku rasa chicken grill ni ok je. Aku bagi nilai, 3.1/5.

4 February 2022, Jumaat

Memandangkan hari tu hari cuti, jadi aku decided lepas Jumaat aku nak coffee exploring dekat satu kedai yang baru nak viral dalam group warga Pekan 👉 Kedai Senja Nan Kopi yang terletak di Taman Sri Setia, Pekan. Aku minum vanilla latte dan makan blueberry tart dan biscoff tart.



Ini pandangan aku berdasarkan apa yang aku cuba, vanilla latte tu not bad rasa dia. Manis dan pahit seimbang. Aku bagi nilai, 3.8/5. Manakala, rasa tart dia pun not bad. Tapi, aku prefer yang biscoff tu. Aku bagi nilai, 3.6/5 untuk kedua-dua tart tu.



Comments

Popular Posts