Kopi yang kureng dan kedai fast food milik Malaysian

Aktiviti aku macam biasa semasa hari bekerja adalah food and coffee exploring. 

21 January 2022, Jumaat 

Pagi tu aku cuba minum kopi keluaran Wonda yang lama dah aku cari. Baru sekarang aku jumpa dan nak jumpa. 

Kopi ni aku kena beli satu set sebab itu je cara nak boleh dapat Wonda Mix Spice Milk Coffee ni. Kat tempat lain tak jumpa pun. Bagi aku, rasa kopi ni, manis rempah. Tak lah teruk sangat rasa dia. Mungkin tekak dah boleh terima rasa kopi ni. Aku bagi nilai 2.6/5.

Balik kerja pula, aku cadang nak makan di Chicago Chicken City. Kedai fast food ni milik Malaysian sebenarnya. Dia bawah Tunas Manja. 



Pandangan aku berkaitan menu yang aku pilih ni, ayam dia besar dengan rasa rempah nice. Kentang putar dia pun not bad rasa. KFC better lagi. Coselow pun not bad rasa. Sos dia pun nice. Air dia boleh refill sama masa Texas Chicken. Alternatif lain selain KFC. Aku bagi nilai, 4.2/5 puas hati makan sini dengan harga murah sikit dari KFC. Nak tahu kat mana lokasi kedai ni boleh klik link ni 👉 Chicago Chicken City TMG Tanjung Lumpur

25 January 2022, Selasa

Aku cuba satu jenama kopi ni.

Pendapat aku terhadap kopi jenama ni agak kureng sikit. Rasa kopi yang kurang manis dan cair. Biasa je rasa dia. Aku bagi nilai yang rendah, 2.4/5. Tapi, aku masih boleh je nak habiskan.

Comments

Popular Posts