Awal tahun ku telah disajikan dengan comfort drink. Sudah masuk tahun kedua rasanya aku buat coffee exploring.
11 January 2022, Selasa
Kebiasaannya, tahun lepas aku biasa explore and try kopi, kedai kopi baru di Kuantan. Tapi, kali ni aku cuba kopi, kedai kopi di Pekan pula.
Nama kedai ni Kopi Singget. Tapi, awak jangan ingat harga kopi disitu RM 1 pula. Nama kedai je begitu. Kedai ni lama dah dibuka. Boleh semak lokasi kedai kopi ni pada link yang tertera 👉 Kopi Singget
Cuma, awal tahun ni, baru aku berpeluang mencuba kopi disitu.
Kedai ni banyak menawarkan menu kopi dan bukan kopi yang patut awak semua cuba. Terdapat juga makanan pencuci mulut terjual disitu. Nak tahu apa menu yang tersedia, datang dulu kedai kopi ni.
Aku minum iced latte add cream cheese sebagai permulaan aku minum kopi di kedai ni. Rasa kopi ni manis dan pahit. Bagi ok not bad lah rasa kopi kedai ni. Aku bagi nilai 3.2/5. Akan datang, tak tahu lagi bila, aku akan cuba jenis kopi yang lain.
12 January 2022, Rabu
Pada hari yang berikutnya, aku pergi Bandar atas beberapa urusan. Kemudian, aku mengambil keputusan mencuba kopi Hainan cawangan Peramu Pekan. Lama dah aku berhajat nak pergi kedai kopi Hainan cawangan Pekan. Kedai ni betul-betul terletak di hadapan pasaraya BS Peramu.
Rasa kopi Hainan dia memang nice. Manis dia pun just nice. Aku memang suka rasa kopi ni. Aku bagi nilai yang agak tinggi 4.2/5 terhadap rasa kopi ni.
16 January 2022, Ahad
Lama dah tak pergi Tealive. Jadi, aku pun mengambil keputusan pergi ke Tealive untuk tengok produk terbaru yang mereka sediakan.
Aku minum Famous Choco Berry, minuman baru pada masa tu.
Bagi aku, rasa manis coklat dan masam berry tu tak kena dengan tekak aku. Tapi, biskut famous tu sedap dan ranggup. Kemudian, semasa minum, ada butir berry kecil dalam minuman tersebut. Aku bagi nilai 2.8/5 terhadap minuman tersebut.
Comments
Post a Comment